Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 28, 2010

v-tec

VTEC bermaksud Variable Valve Timing and Electronic Camshaft Lift. Sistem ini berfungsi secara hidrolik dan elektronik.

timing camshaft diubah secara elektronik untuk penghasilan kuasa yang optimum. sistem yang serupa diguna pakai oleh Toyota (VVTI), Daihastu (DVVT), Hyundai (CVVT), Nissan (CVTC) dan juga Proton (CPS).

tetapi paling istimewa ialah sistem kawalan hidrolik dalam batang camshaft bagi mengawal bukaan injap. sistem ini dimajukan semasa Honda aktif dalam sukan F1 pada tahun 8Oan, lantas menjadikan Honda satu jenama pembuat enjin yang terhebat dan terkemuka ketika itu.

sistem VTEC mengawal bukaan injap dari 8 valve ke 16 valve mengikut kelajuan rpm enjin supaya kuasa maksimum terhasil sentiasa. contohnya, enjin VTEC Honda mampu berputar pada kelajuan 9,000rpm. kereta biasa sekitar 6,000rpm saja.

VTEC terdapat dalam beberapa versi seperti VTEC, VTEC-E dan I-VTEC.

VTEC-E hanya berfungsi dari antara 12 valve ke 16 valve supaya berlaku penjimatan minyak yang baik. konsep VTEC-E dihapuskan bilamana Honda mencipta sistem I-DSI (intelligent-dual sequential ignition) serta IMA (integrated motor assist) yang ternyata lebih menjimatkan petrol.

I-VTEC pula dihasilkan khusus untuk memenuhi piawaian penghasilan gas ekzos yang lebih bersih, justeru mengorbankan sedikit dari penghasilan kuasa.

beza VTEC besar dan VTEC kecik ialah VTEC besar lebih power walau kapasiti enjin serupa.

bagi VTEC besar pula, kena perhatikan perkataan DOHC. besar atau kecil juga menunjukkan kuasa enjin yg lebih kuat.

maksud VTEC bukak ialah bila mana ketika enjin mula menukar dari 8 valve ke 16 valve pada kelajuan sekitar 3-4,000rpm.

2 comments:

Unknown said...

bermakna dohc adalah vtec besar..dan sohc vtec kecik..?

Unknown said...

tengok saiz tulisan dohc dan vtec ,kalau tulisan vtec kebih besar dari dohc itu vtec besar,

Post a Comment