Sunday, January 17, 2010
Khutbah Rasulullah di Ghadir Khum
Saturday, January 9, 2010
Peringkat Kesedaran Minda Manusia
Peringkat kesedaran minda tentang perkara-perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti rasa, deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari.
2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini. Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.
3)Theta
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah terletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.
4)Delta
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung. Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan.
Thursday, January 7, 2010
mengenal personaliti diri melalui no tarikh lahir
Menerangkan tentang keadaan jiwa. Menerusi jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa itu muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka dinamakan personaliti yang buruk
(Al-Ghazali dlm. Yunus Majid 1985).
Menurut Allport (1966)
Personaliti ialah satu organisasi yang dinamik dalam diri individu yang merangkumi sistem psikofizikal yang menentukan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan persekitarannya.Menurut Feldman (1994) mendefinasikan personaliti sebagai :
Jumlah keseluruhan ciri-ciri yang membezakan manusia atau kestabilan tingkahlaku seseorang dalam berbagai situasi yang berbeza.
Pengiraan nombor tarikh lahir:
Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Contoh: 08 Ogos 1958 08 + 8 + 1958 = 1974 1 + 9 + 7 + 4 = 21 2 + 1 = 3 (Jadi nombor lahirnya ialah 3)
No 1 ( Ketulenan )- Hadir dengan idea baru
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
No 2 ( Pendamai )
- Dilahirkan sebagai diplomat
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
- Mereka tidak suka bersendirian
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung
No. 3 ( Ceria )
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
- Mereka sangat popular dan idealistik
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik
No.4 ( Konsevatif )
- Golongan ini sangat peka dan tradisional
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
No.5 ( Perintis )
- Mereka adalah perintis
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm)
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil
No.6 ( Romantik )
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
- Mereka suka seni musik
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
No. 7 ( Intelektual )
- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Mereka sangat suka berahsia
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
No. 8 ( Penyelesaian )
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus
No.9 ( Pelakon )
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
- Mereka sangat penyayang dan pemurah
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
azam tahun baru
selamat tahun baru.... Kullu 'am wa antum bi khair.....
tahun 2009 telah berlalu dan ianya tidak akan berpatah balik... kini kita telah menjejaki ke tahun baru....
harap-harap tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu.... marilah kita sama-masa muhasabah apa yang kita telah lakukan pada tahun lepas... barapakah banyak masa kita lakukan dengan perkara yang berguna.. berapakah banyakkah masa kita yang kita lalaikan... adakah iman kita semakin meningkat sama dengan meningkatnya usia kita... semoga Allah mengampun dosa kita yang lalu... dan mirilah kita berazam untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Taala... InsyaAllah...
alhamdullah... masuk je tahun nie... masuklah kami ke tahun akhir bagi program ijazah kami.... di sebabkan ijazah kami ini belum diiktiraf oleh MQA... membuatkan kami semua menjadi risau... susah kalau nak sambung master...
oleh kerana kerisauan itu... kami perlu menyiapkan fail MQA yang bakal disemak pada bulan april nanti... kami telah memborong fail yang ada di tesco... sebabnya fail kat tesco murah... hahaha....
tapi masalahnya..... duit elaun tak masuk lagi.... bila borong je fail-fail kat tesco tu... kami terus rasa pening.. sebab bajet kewangan sudah lari... gambar di atas ( tengah pening kira duit ).... nak makan apa laa lepas nie... makan rumput mungkin.... hahaha... kawan dengan lembu...
yang paling kesihan ialah ustaz Azri... pening sampai botak kepala... jangan jd ceplos dah...
hehehe...
inilah keadaan tahun baru yang tanpa elaun...
sabarlah kawan-kawan....
sesungguhnya pertolongan Allah dekat.....
salam pengenalan
di sini saya ingin memperkenalkan diri saya.....
nama : Abdullah B. Abu Bakar
berasal : Beseri, Perlis Indera Kayangan
belajar : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Jitra Kedah