Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, September 15, 2010

VANOS



VANOS (abbr. from German variable Nockenwellensteuerung) is an automobile variable valve timing technology developed by BMW in close collaboration with Continental Teves. VANOS varies the timing of the valves by moving the position of the camshafts in relation to the drive gear. This movement varies from 6 degrees of advanced to 6 degrees of retarded camshaft timing.

Single Vanos



VANOS is a combined hydraulic and mechanical camshaft control device managed by the car's DME engine management system. The VANOS system is based on a discrete adjustment mechanism that can modify the position of the intake camshaft versus the crankshaft. Double-VANOS adds continuous adjustability to the intake and exhaust camshafts.


VANOS operates on the intake camshaft in accordance with engine speed and accelerator pedal position. At the lower end of the engine-speed scale, the intake valves are opened later, which improves idling quality and smoothness. At moderate engine speeds, the intake valves open much earlier, which boosts torque and permits exhaust gas re-circulation inside the combustion chambers, reducing fuel consumption and exhaust emissions. Finally, at high engine speeds, intake valve opening is once again delayed, so that full power can be developed. VANOS significantly enhances emission management, increases output and torque, and offers better idling quality and fuel economy.

VANOS was first introduced in 1992 on the BMW M50 engine used in the 5 Series

Double Vanos



First double VANOS system appeared on S50B32 engine in 1996. Later, BMW added "double" VANOS to its M52tu series of inline 6-cylinder engines, which changed the mechanism from fixed position operation to continuously variable, and added the same functionality to the exhaust camshaft, on a number of its cars. Double-VANOS (double-variable camshaft control) significantly improves torque and emissions since valve timing on both the intake and exhaust camshafts is adjusted to the power required from the engine as a function of gas pedal position and engine speed. On all BMW engines that use single VANOS, except S50B30, the timing of the intake cam is only changed at two distinct rpm points, while on the double-VANOS system, the timing of the intake and exhaust cams is continuously variable through a range of ~40 crankshaft degrees for the intake, and 25 degrees for the exhaust. The advantage of double-VANOS is that the system controls the flow of hot exhaust gases into the intake manifold individually for all operating conditions. This is referred to as "internal" exhaust gas re-circulation, allowing very fine dosage of the amount of exhaust gas recycled
Vanos Performance

Single and Double VANOS systems due to age and mileage are commonly seeing performance issues as well as complete failure of the VANOS piston seals. Another common effect is a rattling sound coming from the upper valve train assembly. The original seal material was found to be inferior for the application and tends to break down within 75k - 100k miles. VANOS Seal & Rattle kits are available to address these shortcomings. VANOS repair does require special tools that can be rented or purchased from a variety of vendors.


Friday, August 27, 2010

Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.



Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!





Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Wednesday, July 28, 2010

v-tec

VTEC bermaksud Variable Valve Timing and Electronic Camshaft Lift. Sistem ini berfungsi secara hidrolik dan elektronik.

timing camshaft diubah secara elektronik untuk penghasilan kuasa yang optimum. sistem yang serupa diguna pakai oleh Toyota (VVTI), Daihastu (DVVT), Hyundai (CVVT), Nissan (CVTC) dan juga Proton (CPS).

tetapi paling istimewa ialah sistem kawalan hidrolik dalam batang camshaft bagi mengawal bukaan injap. sistem ini dimajukan semasa Honda aktif dalam sukan F1 pada tahun 8Oan, lantas menjadikan Honda satu jenama pembuat enjin yang terhebat dan terkemuka ketika itu.

sistem VTEC mengawal bukaan injap dari 8 valve ke 16 valve mengikut kelajuan rpm enjin supaya kuasa maksimum terhasil sentiasa. contohnya, enjin VTEC Honda mampu berputar pada kelajuan 9,000rpm. kereta biasa sekitar 6,000rpm saja.

VTEC terdapat dalam beberapa versi seperti VTEC, VTEC-E dan I-VTEC.

VTEC-E hanya berfungsi dari antara 12 valve ke 16 valve supaya berlaku penjimatan minyak yang baik. konsep VTEC-E dihapuskan bilamana Honda mencipta sistem I-DSI (intelligent-dual sequential ignition) serta IMA (integrated motor assist) yang ternyata lebih menjimatkan petrol.

I-VTEC pula dihasilkan khusus untuk memenuhi piawaian penghasilan gas ekzos yang lebih bersih, justeru mengorbankan sedikit dari penghasilan kuasa.

beza VTEC besar dan VTEC kecik ialah VTEC besar lebih power walau kapasiti enjin serupa.

bagi VTEC besar pula, kena perhatikan perkataan DOHC. besar atau kecil juga menunjukkan kuasa enjin yg lebih kuat.

maksud VTEC bukak ialah bila mana ketika enjin mula menukar dari 8 valve ke 16 valve pada kelajuan sekitar 3-4,000rpm.

Wednesday, April 28, 2010

kata-kata pujangga

Kata-kata Pujangga:”Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”
Kata seorang sahabat: “Kita bermula sebagai seorang yang baru.”
Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”
Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
Kata-kata Pujangga: “Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga.”
Kata-kata Pujangga: “Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat.”
Kata-kata Pujangga: “Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.”
Kata-kata Pujangga: “Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.”
Kata-kata Pujangga: “Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.”
Kata-kata Pujangga: “Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.”
Saya minat dengan kata-kata ni: “Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik.”
Kata-kata Pujangga: “Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.”
Kata-kata Pujangga: “Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.”
Kata-kata Pujangga: “Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.”
Kata-kata Pujangga: “Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”
Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”
Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”
Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.” Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”
Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”
Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”
Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”
Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”
Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”
Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”
Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”
Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.”
Kata-kata Pujangga: “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.” Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”
Kata-kata Pujangga: “Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.”
Kata-kata Pujangga: “Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil.”
Kata-kata Pujangga: “Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.”
Kata-kata Pujangga: “Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya.”
Kata-kata Pujangga: “Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain.”
Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah keputusan diri sendiri.”
Kata-kata Pujangga: “Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang.”
Kata-kata pujangga: “Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata.” (Kiriman seorang kawan)
Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain.”
Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya.”
Kata-kata Pujangga: “Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing.”
Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya.”
Kata-kata Pujangga: “Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki.”
Kata-kata Pujangga: “Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati.”
Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi”
Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui.”
Kata-kata Pujangga: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.” - Nur Kasih
Kata-kata Pujangga: “Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.”
Kata-kata Pujangga: “Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit.”
Kata-kata Pujangga: “Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!”
Kata-kata Pujangga: “Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora.” Kata-kata Pujangga: “Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah.”
Kata-kata Pujangga: “Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir.”
Kata-kata Pujangga: “Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?” Kata-kata Pujangga: “Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan.”
Kata-kata Pujangga: “Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat”
Kata-kata Pujangga: “Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.”
Kata-kata Pujangga: “Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki.”
Kata-kata Pujangga: “Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna.”
Kata-kata Pujangga: “Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.”
Imam al-Ghazali berkata: “RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.” “Do what you can with what you have right where you are.” - Henry Truman.
Kata-kata Pujangga: “Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya.” Berkata seorang Ahli Sufi : “Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut kepadanya.” It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary
Kata-kata Pujangga: ” Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?” Berkata Ar-Rumi: “Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.”
Kata-kata Pujangga: “Kemenangan bermula dari dalam diri.” Ibnu Mu’taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati. Kata-kata Pujangga: “Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula.”
Berkata Abu Sulaiman: “Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan.”
Kata-kata Pujangga: “Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.”
Kata-kata Pujangga: “Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.”
Kata-kata Pujangga: “Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra.”

Monday, April 26, 2010

Kenangan bersama 3Prosefor SKPN 2010


kelas 3 profesor SKPN.... tahun 2010



SEMOGA MAJU JAYA



















AMNI













FATEHAH












ANIS AQILAH












FATHI












ANIS AZWA












ALIA NATASYA












HANIM NAJIHAH












SYEELA












ERINCE HASINA












FATIHAH AZMAT












HUSNA












SAYANGKU ROZALIA












FARHANA












AIDA ATIRAH












FATIMAH












ANIS FARHANA













FATIN












ANIS AQILA & UMMI ILYANI











HAIZA












SYEELA & SITI FARIHA

Sunday, March 28, 2010

Ayam Goreng Crispy UPIN & IPIN


( Kak Ros.... Nak ayam goreng )

ayam-goreng-crispy-copy.jpg

Bahan:

1 kg ayam, potong-potong

1 sudu teh serbuk bawang putih

1 sudu teh lada halus

¼ sudu teh serbuk cabai merah kering

½ sudu teh garam halus

Minyak untuk menggoreng

Pelapis Cair:

300 ml air

300 g tepung gandum

40 g tepung maizena

½ sudu makan susu tepung

1 butir kuning telur

½ sudu teh baking soda

¼ sudu teh garam halus

½ sudu teh lada halus

¼ sudu teh perasa

Pelapis Kering:

400 g tepung gandum

100 g tepung maizena

½ sudu teh baking soda

1 sudu teh serbuk pati segera perasa ayam

1 sudu teh serbuk bawang putih

¼ sudu teh perasa (ikut suka)

Cara Membuat:

1. Pelapis cair: Campur tepung gandum, tepung maizena, susu serbuk, baking powder, lada, garam dan vetsin. Aduk rata. Masukkan kuning telur dan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tercampur rata. Simpan di tempat yang dingin.

2. Pelapis Kering: Campur semua bahan pelapis kering. gaul sampai rata. asingkan.

3. Taruk potongan ayam dengan lada, garam, bawang putih serbuk dan cabai merah serbuk. gaul sampai rata. Peramkan 15 minit agar serbuk meresap.

4. Golekkankan potongan ayam ke dalam pelapis kering hingga seluruh permukaan disalut tepung. Celupkan ke dalam pelapis cair dan gulingkan kembali ke dalam pelapis kering. Lakukan hingga ayam habis.

5. Panaskan minyak, goreng ayam di dalam minyak yang sederhana panas. Masak hingga ayam menjadi ayam goreng, berwarna kuningan dan kering. Angkat. Toskan.

Wednesday, February 17, 2010

Ashabul Kahfi

Kahfi dikatakan sebagai sebuah gua di gunung . Para ulamak berselisih berhubung kedudukan gua ini sama ada terletak di Ailah atau Ninawa atau di Balqa’ atau di Rom . Tujuh pemuda ini ( Miksilmina , Yamlikha , Maslitina , Marnos , Debronos , Sawnos dan ar-Ra’ie ) dikatakan anak raja yang telah beriman pada hari perayaan kaum mereka yang menyembah patung . Lantas mereka dikurniakan hidayah oleh Allah dan melarikan diri dari negara itu yang diperintah oleh Raja Diqyanus . Dinyatakan bahawa gua tersebut pintunya menghadap ke arah utara manakala dalam gua tersebut menghala ke arah kiblat . Matahari ketika terbit akan condong sedikit dari gua mereka ke sebelah kanan dan apabila terbenam matahari akan menjauhi mereka ke sebelah kiri . Lantaran itu mereka ditakdirkan Allah untuk berada dalam keadaan udara dan angin yang sejuk sehingga mereka tidak mendapat mudharat dari kepanasan matahari . Anjing mereka bernama Himran dan ada pula pendapat yang menyatakan Riyan atau Qithmir atau Basith atau Naqiyya . Anjing ini dikatakan menjaga pintu gua tersebut manakala ketujuh pemuda tidur selama 309 tahun Qamariyyah sehinggalah terjaga pada zaman kerajaan Islam yang rajanya dikatakan bernama Dafsus / Afsus daripada tanah Rom dan menukar namanya apabila memeluk Islam kepada Tarsus ( al-Bidayah wan Nihayah )

Sunday, January 17, 2010

Khutbah Rasulullah di Ghadir Khum

PADA 18 Dzulhijjah, setelah melaksanakan haji terakhirnya (hajj al-wada) Nabi Muhammad saw pergi meninggalkan Makkah menuju Madinah bersama sekira tujuhpuluh ribu kaum Muslim kemudian berdiam pada satu tempat bemama Ghadir Khum (kini dekat dengan Juhfah) dan di tempat ini pula turun wahyu (lihat Tafsir Ath-Thabari, jilid 7, hal. 109; dan Tafsir al-Durr al-Mantsur karya Jalaluddin Suyuti, jilid 3, hal. 8).
Kemudian Rasulullah saw berkhutbah: “Puji-pujian hanya milik Allah. Kami memohon pertolongan, dan keyakinan, serta kepada-Nyalah kami beriman. Kami mohon perlindungan kepada-Nya dari kejahatan jiwa-jiwa kita dan dosa-dosa perbuatan kita. Sesungguhnya tiada petunjuk bagi seseorang yang telah Allah sesatkan, dan tiada seorang pun yang sesat setelah Allah beri petunjuk baginya. “Hai, kaum Muslimin! ketahuilah bahwa Jibril sering datang padaku membawa perintah dari Allah, yang Maha Pemurah, bahwa aku harus berhenti di tempat ini dan memberitabukan kepada kalian suatu hal. Lihatlah! Seakan-akan waktu semakin dekat saat aku akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan menyambut panggilannya. “Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Surga adalah benar, neraka adalah benar, kematian adalah benar, kebangkitan pun benar, dan ‘hari itu pasti akan tiba, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya?” Mereka menjawab: “Ya, kami meyakininya.” la melanjutkan: “Hai, kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?” Mereka menjawab: “Ya.” Rasul berkata: “Dengarlah! Aku tinggalkan bagi kalian 2 hal. paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya, kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalku. Salah satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain.” Orang-orang bertanya: “Ya, Rasulullah, apakah dua hal. yang amat berharga itu?” Rasulullah menjawab: “Salah satunya adalah kitab Allah dan lainnya adalah Itrah Ahlulbaitku (keluargaku) . Berhati-hatilah kalian dalam memperlakukan mereka ketika aku sudah tidak berada di antara kalian, karena, Allah, Yang Maha Pengasih, telah memberitahukan ku bahwa dua hal. ini (Quran dan Ahlulbaitku) tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di telaga (al-Kautsar) . Aku peringatkan kalian, atas nama Allah mengenai Ahlulbaitku. Aku peringatkan kalian atas nama Allah, mengenai Ahlulbaitku. Sekali lagi! Aku peringatkan kalian, atas nama Allah tentang Ahlulbaitku!” “Dengarlah! Aku adalah penghulu surga dan aku akan menjadi saksi atas kalian maka barhati-hatilah kalian memperlakukan dua hal. yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka karena kalian akan binasa, dan jangan pula engkau jauh dari mereka karena kalian akan binasa! “Hai, kaum Muslimin! Tahukah kalian bahwa aku memiliki hak atas kalian lebih dari pada diri kalian sendiri?” Orang-orang berseru: “Ya, Rasulullah.” Lalu Rasul mengulangi: “Hai, kaum Muslimin? Bukankah aku memiliki hak atas kaum beriman lebih dari ada diri mereka sendiri?” Mereka berkata lagi: “Ya, Rasulullah.” Kemudian Rasul berkata:”Hai Kaum Muslimin! Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan aku adalah Maula semua orang-orang beriman.” Lalu ia merengkuh tangan Ali dan mengangkatnya ke atas. la berseru: “Barang siapa mengangkatku sebagai Maula maka Ali adalah Maulanya pula (ia mengulang sampai tiga kali). Ya, Allah! Cintailah orang yang mencintainya dan musuhilah orang-orang yang memusuhinya. Bantulah orang-orang yang membantunya. Selamatkanlah orang-orang yang menyelamatkannya, dan jagalah kebenaran dalam dirinya ke mann pun ia berpaling! (artinya, jadikan ia pusat kebenaran). “Ali adalah putra Abu Thalib, saudaraku, washi-ku, dan penggantiku (khalifah) dan pemimpin sesudahku. Kedudukannya bagiku bagaikan kedudukan Harun bagi Musa, hanya saja tidak ada Nabi setelahku. la adalah pemimpin kalian setelah Allah dan Utusan-Nya. “Hai, kaum Muslimin! Sesungguhnya Allah telah menunjuk dia menjadi pemimpin kalian. Ketaatan padanya wajib bagi seluruh kaum Muhajirin dan kaum Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan dan penduduk kota dan kaum pengembara, orang-orang Arab dari orang-orang bukan Arab, para majikan dan budak, orang-orang tua dan muda, besar dan kecil, putih dan hitam. “Perintahnya harus kalian taati, dan kata-katanya mengikat serta perintahnya menjadi kewajiban bagi setiap orang yang meyakini Tuhan yang satu. Terkutuklah orang-orang yang tidak mematuhinya, dan terpujilah orang-orang yang mengikutinya, dan orang-orang yang percaya kepadanya adalah sebenar-benarnya orang beriman. Wilayahnya (keyakinan kepada kepemimpinannya) telah Allah, Yang Maha kuasa dan Maha tinggi, wajibkan.” “Hai kaum Muslimin, pelajarilah Quran! Terapkanlah ayat-ayat terapkanlah ayat-ayat yang jelas maknanya bagi kalian dan janganlah kalian mengira-ngira ayat-ayat yang bermakna ganda ! Karena, Demi Allah, tiada seorang pun yang dapat menjelaskan ayat-ayat secara benar akan makna serta peringatannya kecuali aku dan lelaki ini (Ali), yang telah aku angkat tangannya ini di hadapan diriku sendiri. “Hai kaum Muslimin, inilah terakhir kalinya aku berdiri di mimbar ini. Oleh karenanya, dengarkan aku dan taatilah dan serahkan diri kalian kepada kehendak Allah. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan kalian. Setelah Allah, Rasulnya, Muhammad yang sedang berbicara kepada kalian, adalah pemimpin kalian. Selanjutnya sepeninggalku, Ali adalah pemimpin kalian dan Imam kalian atas perintah Allah. Kemudian setelahnya kepemimpinan akan dilanjutkan oleh orang-orang yang terpilih dalam keluargaku hingga kalian bertemu Allah dan Rasulnya. “Lihatlah, sesungguhnya, kalian akan menemui Tuhanmu dan ia akan bertanya tentang perbuatan kalian. Hati-hatilah! Janganlah kalian berpaling sepeninggalku, saling menikam dari belakang! Perhatikanlah! Adalah wajib bagi orang-orang yang hadir saat ini untuk menyampaikan apa yang aku katakan kepada mereka yang tidak hadir karena orang-orang yang terpelajar akan lebih memahami hal ini daripada beberapa orang yang hadir dari saat ini. Dengarlah! Sudahkah aku sampaikan ayat Allah kepada kalian? Sudahkah aku sampaikan pesan Allah kepada kalian?” Semua orang menjawab, “Ya.” Kemudian Nabi Muhammad berkata, “Ya, Allah, saksikanlah.” Hadits tersebut terdapat dalam kitab tafsir Ibnu Katsir, jilid 4, hal.329; kitab tafsir Asy-Syaukani, jilid 5, hal.189; dan kitab tafsir Alusi, jilid 28, hal.37.

Saturday, January 9, 2010

Peringkat Kesedaran Minda Manusia

1)Beta
Peringkat kesedaran minda tentang perkara-perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti rasa, deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari.

2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini. Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.

3)Theta
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah terletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.

4)Delta
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung. Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan.

Thursday, January 7, 2010

mengenal personaliti diri melalui no tarikh lahir


Menerangkan tentang keadaan jiwa. Menerusi jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa itu muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka dinamakan personaliti yang buruk

(Al-Ghazali dlm. Yunus Majid 1985).


Menurut Allport (1966)

Personaliti ialah satu organisasi yang dinamik dalam diri individu yang merangkumi sistem psikofizikal yang menentukan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Menurut Feldman (1994) mendefinasikan personaliti sebagai :

Jumlah keseluruhan ciri-ciri yang membezakan manusia atau kestabilan tingkahlaku seseorang dalam berbagai situasi yang berbeza.


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Pengiraan nombor tarikh lahir:

Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Contoh: 08 Ogos 1958 08 + 8 + 1958 = 1974 1 + 9 + 7 + 4 = 21 2 + 1 = 3 (Jadi nombor lahirnya ialah 3)

No 1 ( Ketulenan )
  • Hadir dengan idea baru
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri
  • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi
  • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss
  • Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka
  • Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


No 2 ( Pendamai )

  • Dilahirkan sebagai diplomat
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
  • Mereka tidak suka bersendirian
  • Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart

No. 3 ( Ceria )
  • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding
  • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
  • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
  • Mereka sangat popular dan idealistik
  • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

No.4 ( Konsevatif )
  • Golongan ini sangat peka dan tradisional
  • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
  • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan
  • Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian
  • Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
  • Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


No.5 ( Perintis )

  • Mereka adalah perintis
  • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm)
  • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
  • Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi
  • Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti
  • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil


No.6 ( Romantik )

  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira
  • Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka
  • Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
  • Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
  • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
  • Mereka suka seni musik
  • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius
  • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


No. 7 ( Intelektual )

  • Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
  • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan
  • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
  • Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
  • Mereka sangat suka berahsia
  • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


No. 8 ( Penyelesaian )

  • Golongan ini adalah penyelesaian masalah
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif
  • Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus


No.9 ( Pelakon )

  • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
  • Mereka sangat penyayang dan pemurah
  • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka
  • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka
  • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
  • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
  • Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley


azam tahun baru


selamat tahun baru.... Kullu 'am wa antum bi khair.....
tahun 2009 telah berlalu dan ianya tidak akan berpatah balik... kini kita telah menjejaki ke tahun baru....
harap-harap tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu.... marilah kita sama-masa muhasabah apa yang kita telah lakukan pada tahun lepas... barapakah banyak masa kita lakukan dengan perkara yang berguna.. berapakah banyakkah masa kita yang kita lalaikan... adakah iman kita semakin meningkat sama dengan meningkatnya usia kita... semoga Allah mengampun dosa kita yang lalu... dan mirilah kita berazam untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Taala... InsyaAllah...
alhamdullah... masuk je tahun nie... masuklah kami ke tahun akhir bagi program ijazah kami.... di sebabkan ijazah kami ini belum diiktiraf oleh MQA... membuatkan kami semua menjadi risau... susah kalau nak sambung master...
oleh kerana kerisauan itu... kami perlu menyiapkan fail MQA yang bakal disemak pada bulan april nanti... kami telah memborong fail yang ada di tesco... sebabnya fail kat tesco murah... hahaha....
tapi masalahnya..... duit elaun tak masuk lagi.... bila borong je fail-fail kat tesco tu... kami terus rasa pening.. sebab bajet kewangan sudah lari... gambar di atas ( tengah pening kira duit ).... nak makan apa laa lepas nie... makan rumput mungkin.... hahaha... kawan dengan lembu...
yang paling kesihan ialah ustaz Azri... pening sampai botak kepala... jangan jd ceplos dah...
hehehe...
inilah keadaan tahun baru yang tanpa elaun...
sabarlah kawan-kawan....
sesungguhnya pertolongan Allah dekat.....

salam pengenalan

assalam uwwalul kalam..... bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya.... saya dapat membuat blog... alhamdullah... semoga blog saya ini dapat memberi manfaat kepada saya sendiri dan orang lain hendaknya...
di sini saya ingin memperkenalkan diri saya.....
nama : Abdullah B. Abu Bakar
berasal : Beseri, Perlis Indera Kayangan
belajar : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Jitra Kedah