Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 22, 2011

Ikan Kerapu dan potensi pasarannya di asia tenggara.

Ikan Kerapu dan potensi pasarannya di asia tenggara.


Ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Ramai lebih menggemari ikan yang biasa-biasa, yang sering kali disebut-sebut, ikan ketutu, ikan keli, ikan sembilang, ikan talapia, ikan kembungdan sebagainya.

Namun kini kenyataan itu harus ditolak sama sekali spesies ini mendapat permintaan yang semakin tinggi dan bakal menjadi ikan marin ternakan komersil utama di negara ini menjelang tahun ini.

Jabatan Perikanan telah mengenal pasti Kerapu sebagai antara spesies ikan yang berpotensi untuk diusahakan oleh penternak ikan dalam kolam dan sangkar di negara ini secara besar-besaran berdasarkan pasaran dan cara pemeliharaan yang lebih mudah serta sesuai dengan iklim negara.

Kerapu terdiri daripada pelbagai jenis, badan yang berbintik dan berbelang-belang ialah Kerapu Hijau (Epinephelus Coioides). Manakala antara jenis yang lain ialah Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttatus), Kerapu Pisang (Plectropomus Leopardus), Kerapu Sunoh (Plectropomus Maculatus) dan Kerapu Tikus (Cromeleptis Altivelis).

Nama scientific ikan kerapu.

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yg mendapat pasaran ialah kerapu tikus, kerapu harimau dan kerapu pisang.

Pontensi Ikan kerapu di pasaran.

Memang la nie ramai yang bela kerapu sebab harganya tinggi. Harga pasaran ikan kerapu terkini yang aku tahu ialah RM60-RM70/ sekilo (Ikut harga market semasa, mungkin rendah mungkin naik). Pembenihan kerapu pada kebiasaannya berjaya hanya 1 – 3 %, bagi 1% ke atas boleh dianggap sebagai kejayaan. Buat masa ini kebanyakan benih esotik kebanyakkanya di import dari negara luar.

Mengapa perlu kita menternak ikan kerapu? Ada beberapa sebab yang munasabah dalam mengusahakan penternakan ikan ini.

1. Tidak banyak masalah.

Proses pembenihan dan penjagaan spesies kerapu tidak menimbulkan banyak masalah kerana ia boleh diternak melalui sistem dalam tangki tertutup atau dalam kolam air yang terkawal. Kerapu kertang pula mampu membesar sehingga 40 kg dalam tempoh yang singkat dan ia boleh dipasarkan sebaik sahaja mencapai keberatan 1.5 kg dengan harga RM60-RM70 setiap satu kilo.”Buat masa ini PPPIL mempunyai lebih 30 induk kerapu Kertang yang setiap satu beratnya melebihi 40 kg untuk tujuan pembenihan.

Selain kerapu, PPPIL juga sedang berusaha menyediakan 100 juta benih dari 4,000 induk ikan Siakap, 150 juta benih dari 6,000 induk ikan Merah dan 50 juta benih dari 400 ekor induk ikan Cobia. Dianggarkan Terengganu pada masa kini mempunyai seramai 150 penternak ikan marin laut yang menggunakan sistem ternakkan sangkar yang berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan seorang.

Penggunaan teknologi baru iaitu teknologi hatchery dan ternakan ikan marin berasaskan akuakultur kitar semula (Recirculating Aquaculture System) dijangka mampu menambahkan lagi pendapatan mereka kerana produk akuakultur ikan marin mencapai harga pasaran yang lebih tinggi khususnya di Eropah.

2. Penyelidikan yang bertauliah, terancang.

Kalau kita imbas kembali aktiviti penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut di Malaysia, ia telah diasaskan sejak awal tahun 70-an lagi. Bagaimanapun pada ketika itu, pembangunan industri ini agak lembab sehinggalah pada tahun 1980-an, menyebabkan wujudnya jurang permintaan dan bekalan benih ikan marin tempatan yang begitu ketara sekali sehingga kebanyakan pengusaha hatchery enggan melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan penternak lebih suka mendapatkan benih-benih import yang terdedah dengan ancaman pelbagai jenis penyakit serta sukar dikawal. Nasib baiklah, Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (IPP) mempelopori aktiviti penyelidikan pengeluaran benih di negara ini di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) pada 1982. Bagaimanapun, mulai 1985, aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih ikan laut berpindah ke Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut, Terengganu yang mula beroperasi pada 1984.

3. Mempunyai benih dari laut yang mencukupi dan terjamin.

Dari 1990 hingga 1998, pelbagai penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut telah berjaya dijalankan yang antara lain melibatkan spesies ikan kerapu biasa atau Orange-Spotted Grouper, Jenahak (Golden Snapper), Siakap Merah (Mangrove Red Snapper), Kerapu Harimau (Brown-Marbled Grouper) dan ikan Bawal Emas (Golden Pomfret). Kejayaan Gondol Research Institute of Mariculture (GRIM), Bali, Indonesia yang berjaya mengeluarkan benih pelbagai spesies ikan marin termasuk jenis kerapu secara komersial, menguatkan lagi azam PPPIL untuk menyaingi kejayaan tersebut.

Ternyata untuk menternak ikan kerapu, memerlukan satu modal, kesungguhan dan juga sedikit kajian yang mendalam tentang ragam ikan ini dan juga mengetahui jenis-jenis penyakit yang bakal datang. Apepun, ia merupakan satu titik tolak yang mampu untuk menjana pendapatan dan menaikkan ekonomi negara dalam bidang perikanan.