Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Theme From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 17, 2010

Ashabul Kahfi

Kahfi dikatakan sebagai sebuah gua di gunung . Para ulamak berselisih berhubung kedudukan gua ini sama ada terletak di Ailah atau Ninawa atau di Balqa’ atau di Rom . Tujuh pemuda ini ( Miksilmina , Yamlikha , Maslitina , Marnos , Debronos , Sawnos dan ar-Ra’ie ) dikatakan anak raja yang telah beriman pada hari perayaan kaum mereka yang menyembah patung . Lantas mereka dikurniakan hidayah oleh Allah dan melarikan diri dari negara itu yang diperintah oleh Raja Diqyanus . Dinyatakan bahawa gua tersebut pintunya menghadap ke arah utara manakala dalam gua tersebut menghala ke arah kiblat . Matahari ketika terbit akan condong sedikit dari gua mereka ke sebelah kanan dan apabila terbenam matahari akan menjauhi mereka ke sebelah kiri . Lantaran itu mereka ditakdirkan Allah untuk berada dalam keadaan udara dan angin yang sejuk sehingga mereka tidak mendapat mudharat dari kepanasan matahari . Anjing mereka bernama Himran dan ada pula pendapat yang menyatakan Riyan atau Qithmir atau Basith atau Naqiyya . Anjing ini dikatakan menjaga pintu gua tersebut manakala ketujuh pemuda tidur selama 309 tahun Qamariyyah sehinggalah terjaga pada zaman kerajaan Islam yang rajanya dikatakan bernama Dafsus / Afsus daripada tanah Rom dan menukar namanya apabila memeluk Islam kepada Tarsus ( al-Bidayah wan Nihayah )